RAWATAN TRADISIONAL
PENYAKIT KRONIK
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Rawatan terbaik apabila tubuh berasa sakit
adalah diri sendiri. Ini kerana, tubuh sendiri yang akan berasa tempat yang
sakit itu tetapi bukannya pihak atau individu lain. Sebaliknya yang berlaku,
kita menyerahkannya bulat-bulat kepada pihak lain apabila tubuh kita diserang
sakit kerana kita tidak mempunyai ilmu ke arah itu. Kita sering berkata,
perubatan Islam adalah perubatan terbaik untuk menyembuhkan penyakit.
Rasulullah S.A.W merawat dan mengubat penyakit melalui tiga
kaedah iaitu:
1. Pengubatan
Thabiiyah: Mengubat menggunakan benda-benda atau unsur-unsur alam.
2. Pengubatan
Ilahiyah: Mengubat menggunakan doa-doa, jampi atau ayat-ayat Al-Quran.
3. Dengan
menggunakan kedua-dua pengubatan iaitu Thabiiyah dan Ilahiyah.
(Terjemahan Kitab Tibbun Nabawi,
Ibnu Qaiyum)
Inilah kaedah dan cara Rasulullah
S.A.W mengajarkan umat-umatnya cara
merawat penyakit melalui hadis-hadis Baginda. Di antara sebahagian penyakit
tersebut meliputi rawatan penyakit panas (demam panas), penyakit dalam perut,
taun, luka, berbekam, merawat darah yang mengalir, sakit kepala, penyakit mata,
jerawat, kutu di kepala, penyakit kusta, sakit tengkuk, mengawal kesihatan
dengan muntah termasuk rawatan terhadap gangguan makhluk halus.
Dalam hal ini, amalan dalam
perubatan Islam dan alternatif melalui pendekatan rohani berdasarkan bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran, amalan para alim ulama, solat hajat, solat tahajjud,
wirid, zikir, tasbih, jabat dan sentuhan tangan aura telah diamalkan sejak
lebih 1,400 tahun lalu berbanding perubatan moden yang menggunakan peralatan
yang agak mahal hanya berusia sekitar 600 tahun, tidak mampu dinikmati oleh
pesakit.
Menurut Pengasas Pusat Rawatan
Keraton, Profesor Dato' Dr. Raden Johari Mansor Al-Haj berkata, bidang
perubatan mempunyai tiga jenis iaitu Medik (perubatan moden), Alternatif
(tradisional) dan Rohani (spiritual). Beliau lebih berminat dengan cara
alternatif dengan menggunakan perubatan Islam. "Ini kerana, dengan cara
ini, ia diiringi dengan doa-doa yang menandakan kita sebagai umat Muhammad
S.A.W, hamba Allah S.W.T yang tahu berusaha dan ikhlas berdoa. Orang yang
berusaha tanpa berdoa adalah orang yang sombong, manakala orang yang berdoa
tanpa berusaha adalah orang yang malas". (Media Terkini: 1 Mac, 2010)
Misalnya berhubung dengan rawatan sakit jantung tanpa melalui pembedahan
dianggap luar biasa dengan hanya zikir semata-mata. Kisah berkenaan yang
dipaparkan di zaman seorang ulama Islam tersohor, Hassan Al-Basri terdapat
seorang pesakit jantung yang agak kronik.
Oleh kerana tiada yang mampu
merawat penyakitnya, mangsa mendapatkan bantuan Hassan Al-Basri walaupun
terpaksa berjalan agak jauh dari rumahnya ke tempat ulama berkenaan. Setibanya
di tempat Hassan Al-Basri, mangsa mengadu tentang masalahnya. Hassan Al-Basri
menjawab supaya mangsa berzikir sebanyak 1,000 kali. Lalu pesakit jantung itu
pulang.
Kerana tidak sembuh juga, dia
datang lagi menemui Hassan Al-Basri lalu diberitahu supaya mangsa berzikir lagi
sebanyak 1,000 kali, lalu mangsa pulang. Kali ketiga, disebabkan penyakitnya
tidak sembuh juga, dia datang lagi menemui Hassan Al-Basri sebagaimana kali
pertama dan kedua, pesakit itu diminta berzikir lagi sebanyak 1,000 kali. Maka
kali ketiga pesakit itu berbuat demikian, penyakit jantungnya sembuh seperti
sedia kala. Hebatkan zikir itu? Zikir itu adalah “makanan rohani", manusia
diserang sakit kerana banyak makanan "jasmani" tetapi kurang makanan
rohani.
Dalam hal ini, kita sering berkata, Al-Quran itu adalah penawar segala penyakit sama ada penyakit rohani dan jasmani. Tetapi berapa keratkah manusia yang diserang penyakit mengamalkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, hanya sebutan di bibir semata-mata, sudahnya orang yang berkata itu menerima rawatan daripada pihak lain tetapi tidak mengamalkannya sendiri sebagaimana yang diterapkan di dalam Al-Quran itu.
Kita berzikir setiap hari tatkala
selepas solat lima
waktu, tetapi kita tidak tahu khasiat dan kaedah yang patut dibuat dalam zikir
itu yang ternyata boleh menyembuhkan penyakit sekalipun penyakit-penyakit
kronik. Kita boleh melafaz zikir seperti kalimah “Bismillah”, “Allah”, Allah
huakhbar”, “Laillah haillallah” dan selawat kepada Nabi S.A.W. Kesemua
bentuk-bentuk zikir ini adalah rawatan dan penyembuhan terbaik untuk
penyakit-penyakit kronik itu tadi bahkan boleh menghalang dan mengelak dari
gangguan dan terkena jerangkap yang dipasang oleh makhluk halus seperti syaitan
dan jin, tetapi kenapa tidak kita gunakannya. Malahan amalan “solat sunat
tahajjud” (dilakukan ketika jam 3.00 pagi, lazimnya ketika ini pintu langit
terbuka), kita boleh melakukan rawatan, tetapi kenapa kita tidak gunakan
kesempatan pada masa-masa tersebut?
Berhubung dengan kehebatan
rawatan melalui kaedah perubatan Islam dan alternatif ini yang dianggap lebih berkesan
kerana pengamalannya didasarkan dari hadis dan Al-Quran, masih terdapat
individu yang mengamalkan perubatan berkenaan, Noraini binti Ibrahim, 46, atau
lebih ceria dikenali Kak Ani dari Kampung Bukit, Wakaf Baharu, Kelantan
walaupun kini masyarakat sering didedah dan digembar-gemburkan dengan kehebatan
perubatan moden.
Menurut Noraini, asalnya rawatan
tradisional ini diasas atau diperkenalkan oleh arwah atuknya kemudiannya
diperturunkan kepada arwah ibunya di mana selama 16 tahun arwah ibunya terbabit
secara total dalam bidang rawatan terbabit. Disebabkan arwah ibunya tiada
adik-beradik, beliau yang merupakan anak tunggal mula mengambil alih tugas itu
dalam tempoh lima
tahun selepas ibunya meninggal sebagai penyambung warisan (tiga generasi) dan
dalam usaha untuk membantu pesakit dapat menjalani kehidupan yang sempurna.
Dia bukan memandai-mandai untuk
menjalankan rawatan seumpama itu, sebaliknya beliau sejak awal lagi mempelajari
ilmu rawatan terbabit semasa hayat ibunya selama empat tahun itu di mana ketika
itu beliau berada di Kuala Lumpur.
Bahkan ketika beliau berada di Kuala
Lumpur beliau telah berjinak-jinak dalam rawatan
terbabit yang menjadikan beliau begitu mahir dalam rawatan penyakit-penyakit
berkenaan sehingga sekarang.
Sebagaimana arwah ibunya yang
menyasarkan rawatan penyakit kronik seperti jantung dan kanser, dia juga turut
memberikan rawatan kepada pesakit jantung, kanser dan wanita yang tiada zuriat
(ditetapkan hari Selasa sahaja).
“Kak Ani mengadakan rawatan ini
di rumah ini saja tetapi tidak di luar rumah. Ini bermakna, pesakit perlu
datang ke rumah Kak Ani kerana dengannya Kak Ani dapat melakukan rawatan yang sepatutnya dengan
lebih sempurna”, katanya ketika ditemui Wartawan RELATIF di kediamannya.
Apabila ditanya tentang peranannya
sekarang terhadap pesakit ketika mula-mula dia mengambil tugas berkenaan,
beliau menjelaskan bukan sekadar suatu kewajipan untuk membantu pesakit yang di
dalam kesukaran disebabkan kesakitan itu, namun disebabkan minatnya yang begitu
mendalam terhadap bidang yang diceburinya itu menjadikannya begitu
bersungguh-sungguh untuk membantu pesakit yang memerlukan rawatan yang
sepatutnya.
Katanya, dia tidak menggunakan
sebarang ubat-ubatan sebagaimana perubatan moden. Ini kerana, dalam setiap rawatannya,
dia hanya menggunakan “temu lawak” atau “kunyit” sebagai bahan atau herba
paling mujarab dalam rawatannya. Misalnya untuk rawatan “barah” kadang-kadang
dia menggunakan pokok herba dikenali “ketam duri” di mana pokok ini perlu
dicari sendiri kerana agak terlalu sukar untuk memperolehinya.
Ketika diminta menjelaskan
penyakit barah (kanser) sebagaimana pengalamannya dalam rawatan, penyakit barah
menurutnya mempunyai empat tahap iaitu tahap satu, tahap dua, tahap tiga dan
tahap empat.
Bagi penyakit barah tahap satu
hanya mempunyai biji saja. Dalam tahap ini katanya, dia tidak mengetahui
pesakit itu menghidap barah atau ketumbuhan. Barah tahap dua pula apabila
bahagian dalam tubuh manusia telah menjadi nanah dan darah kotor. Barah tahap
tiga pula apabila bahagian-bahagian yang disyakki barah telah menjadi bengkak,
semua bahagian yang terkena barah telah menjadi warna merah dan bahagian
berkenaan telah pecah. Manakala barah tahap empat pula adalah tahap terakhir
yang dianggap telah mendatangkan risiko kepada pesakit tersebut. Rawatan yang
dilakukan dalam tahap ini menurutnya kadang-kadang menemui kejayaan dan ada
juga yang gagal disebabkan permasalahan tertentu.
“Lazim, apabila pesakit telah
menghidap barah tahap empat, amat jarang yang datang menerima rawatan.
Kebanyakan pesakit-pesakit berkenaan akan merujuknya ke hospital.
“Malah sering Kak Ani dikunjungi
kebanyakan pesakit yang datang untuk menerima rawatan bagi barah tahap satu dan
dua dengan segera”, katanya.
Menurut Noraini, penyakit barah
adalah penyakit merbahaya dan risko dan kebanyakan pesakit sering datang
menerima rawatan seperti barah payu dara dan barah rahim. Manakala barah jenis
“Raja Saton” bukan dianggap jenis barah tetapi jenis bisul. Misalnya dalam
hidung pula, katanya dalam hidung bukan jenis barah tetapi “seduan” (menurut
dialek Kelantan) atau disebut “resdung”. Resdung ini jika tidak dirawat dengan
segera akibat pesakit membiarkannya sehingga merebak ke beberapa bahagian dalam
sistem pernafasan, rongga dan tulang akan menjadikannya barah pula.
Dia merawat penyakit barah itu
menggunakan kunyit dan beras, daun-daun herba yang diisikan dengan ayat-ayat
Al-Quran. Bahan-bahan yang telah siap diisikan dengan ayat-ayat Al-Quran ini
kemudiannya disapu di bahagian-bahagian yang dijangkiti barah dan ketumbuhan
itu.
Tahap kesembuhan barah yang telah
dirawat menggunakan bahan-bahan berkenaan yang telah diisikan dengan ayat-ayat
Al-Quran itu bergantung kepada tahap barah itu sendiri. Jika barah tahap satu
dan dua, kesembuhannya agak cepat. Lazim menurutnya, kebanyakan pesakit yang
dirawatnya ialah barah tahap dua.
Katanya, kebanyakan pesakit barah
tidak mengetahui mereka sebenarnya diserang barah tahap teruk (kritikal) dan
pernah terjadi pesakit yang menghidapi barah tahap teruk di mana mereka telah
tidak diterima oleh pihak hospital. Katanya, pesakit yang sebegini juga pernah
beberapa kali diterimanya apabila mangsa yang mendapat rawatan di hospital yang
mengesahkan mereka menghidapi barah yang teruk, mereka akan datang merujuk
kepadanya pula.
Pernah katanya, pesakit dari
Pahang yang menghidapi barah apabila sebahagian sarafnya telah sembuh, namun
sebahagian lagi saraf tersebut gagal disembuhkan. Pesakit berkenaan datang
kepadanya untuk menerima rawatan. Menurut Kak Ani, sel yang dialami oleh
pesakit berkenaan dianggap “gila-gila”. Jadi, pesakit berkenaan datang
menemuinya yang meminta merawat saraf yang gagal disembuhkan itu.
Katanya, purata pesakit-pesakit
barah (barah tahap empat) yang tidak diterima oleh pihak hospital disebabkan
pelbagai masalah yang dihadapi oleh pesakit-pesakit tersebut yang kemudiannya
merujuk kepadanya pula melebihi 30 orang. Malahan ramai juga yang datang
menerima rawatan tersebut telah sembuh sepenuhnya, tetapi tidak kurang juga
yang gagal disembuhkan berdasarkan kepada keadaan penyakit dan pesakit itu
sendiri.
“Di antara kaedah yang Kak Ani
buat untuk merawat pesakit ialah, pertama sekali Kak Ani akan merawat pesakit
dengan kaedah ayat-ayat suci Al-Quran, membuat air tawar (air hidup) dan tepung
tawar dengan mengisikannya dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa dalam
Islam lalu diberikan kepada pesakit-pesakit berkenaan”, ujarnya.
Manakala tentang pesakit jantung
pula yang pernah dirawatnya dengan kaedah berkenaan telah agak ramai tetapi dia
tidak menyenaraikannya. Apabila ditanya tentang jumlah yang dimaksudkan secara
purata, dia menganggarkan pesakit jantung yang pernah dirawatnya melebihi dari
100 orang.
“Masalah pesakit jantung seperti
lemah jantung, jantung berlubang, jantung tersumbat dan bengkak. Setakat ini,
rawatan jantung yang dilakukan Kak Ani terhadap pesakit-pesakit terbabit
menemui kejayaan.
“Namun, di antara masalah jantung
yang paling digemari Kak Ani ialah pesakit yang mengalami masalah jantung
bengkak. Keadaan jantung pesakit dalam kategori ini adalah jantung yang baik
dan sempurna tetapi disebabkan masalah bengkak itu saja yang menyebabkan
mangsanya berasa tidak selesa dan sakit”, kata Noraini.
Noraini menambah, rawatan bagi
pesakit jantung bengkak tahap kesembuhannya agak cepat kerana jantungnya
sekadar bengkak tentunya amat mudah dipulihkan. Katanya, baginya jantung
mengalami bengkak yang kadang-kadang berpunca dari perjalanan darah yang tidak
stabil, air dalam badan terlalu banyak (jantung tidak berupaya untuk mengepam)
menyebabkan jantung itu lemah.
Kaedah rawatan jantung ini pula,
beliau akan merawat pesakit dengan kaedah ayat-ayat Al-Quran (tiupan),
mengisikan air tawar dengan ayat-ayat Al-Quran, zikir dan doa serta penggunaan
minyak sapu yang dibuat sendiri oleh pesakit.
“Bagi pesakit jantung yang
menghidapnya akan berasa di bahagian dada dan bahagian belakang (urat jantung
bahagian belakang bersetentang dengan dada). Sebab itulah, pesakit jantung akan
berasa lenguh-lenguh tangan dan pergelangan tangan”, katanya apabila diminta
menceritakan prospek penyakit tersebut.
Berhubung dengan rawatan pasangan
yang tiada zuriat, dia juga pernah merawatnya. Katanya, dia tidak dapat
memberikan perangkaan pesakit yang pernah datang menerima rawatan tentang
masalah tiada zuriat kerana telah agak terlalu ramai. Ini katanya, arwah ibunya
juga turut membuat rawatan yang sama dan rumah pusaka yang didudukinya sekarang
sering dikunjungi bakal-bakal ibu tetapi gagal mendapat zuriat kerana pelbagai
sebab.
Hanya salah seorang pesakit yang
masih diingatinya adalah mangsa dari Australia yang datang ke rumahnya
kerana gagal mendapat zuriat. Apabila ditanya, suami wanita berkenaan
berusia 64 tahun. Walau bagaimanapun,
mereka memerlukan kehadiran seorang anak sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Setelah diketahui beliau mampu memberikan rawatan yang dimaksudkan, pesakit
tersebut datang ke rumahnya sebagaimana hasrat pasangan tersebut. Dengan izin
Allah yang juga atas ikhtiarnya, pada bulan Ogos 2014, pesakit tersebut mula
mendapat zuriat pertama.
“Di antara pesakit-pesakit yang
pernah datang menerima rawatan dari luar Kelantan seperti Australia, Singapura, Sabah, Sarawak,
Pahang. Sementara pesakit dari Terengganu dianggap paling ramai”, katanya.
Menurut Noraini, kebanyakan
pesakit yang pernah datang menerima rawatan di rumahnya pasti akan memaklumkan
kepadanya bahawa penyakit yang dialami mereka setelah menerima rawatan darinya
telah sembuh dengan izin Allah.
Malahan katanya, kadang-kadang
terdapat segelintir di kalangan pesakit berkenaan yang berkunjung ke rumahnya
memaklumkan tentang keputusan terkini penyakit-penyakit mereka yang telah
sembuh dengan memberikan ucapan tahniah kepadanya di atas usahanya itu.
Apabila ditanya, dari mana
pesakit mengetahui beliau mampu merawat penyakit-penyakit kronik itu melalui
kaedah perubatan Islam. Katanya, mereka mengetahuinya dari mulut ke mulut.
Beliau sebenarnya tidak begitu berminat disebarkan melalui media sebagaimana
arwah ibunya. Beliau tidak pernah mengiklankannya di dalam media sosial
walaupun dia sendiri mempunyai talian wi-fi kerana beliau tidak mengharapkan
“dikenali” sebegitu rupa.
Apabila membicarakan tentang
bayaran selepas rawatan, dia tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pesakit.
Dia membantu merawat pesakit atas niat sedekah semata-mata untuk tujuan
membantu pesakit kerana Allah S.W.T. Jika pesakit berniat untuk memberikan
sedikit perbelanjaan atas dasar khidmatnya itu dan telah “berniat” sebagai
sedekah dan hadiah, itu terpulanglah kepada pesakit itu sendiri. Jika pesakit
tidak memberikan bayaran pun dia tidak akan memintanya kerana itu semua sudah
menjadi kewajipannya juga untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan dan
rawatannya.
Noraini binti Ibrahim atau Kak Ani.
Noraini binti Ibrahim ketika ditemubual Wartawan RELATIF di kediamannya.
Wartawan RELATIF bergambar bersama suaminya.
Tonton Video:
Tonton Video:
1. Siar.TV: Siri 2 - http://siartv-2.blogspot.com
2. You Tube - https://www.youtube.com/watch?v=H3PNgqDAM2g
2. You Tube - https://www.youtube.com/watch?v=H3PNgqDAM2g
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan
BalasPadammcm mana nk dptkn no telefon kak ani ni ye
BalasPadamUrut lelaki strok boleh ker
BalasPadamSy di pauh 9 bachok
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBlh..hubungi sy di talian 01111036311
PadamMacam mane nak dapat no akak ni..
BalasPadamAssalamualaikum ,bagaimana cara saya hendak mendapatkan nombor telefon kak ani?terima kasih.
BalasPadamAda sape2 yg ada no fon kak ani.tq
BalasPadamAssalamualaikum. saya mencari perawat di sekitar Kelantan.sebelum ini ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Macamana saya nak dapatkan no tel k. Ani
BalasPadamSports toto: Betting news and latest news from sports betting industry
BalasPadamSports toto, betting news and 동해 출장마사지 latest news from 나주 출장안마 sports betting 토토 사이트 추천 industry. Get the latest sports 공주 출장안마 news, best bets and latest odds for 청주 출장마사지 your favorite sport