INDUSTRI PERABOT BUMIPUTERA
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Setiap rumah dan kediaman
pastinya perlu memiliki satu set perabot atau lebih yang diletakkan sama ada di
ruang tamu mahupun tempat istirehat yang dikhaskan barangan terbabit. Bagi
keluarga sederhana hanya mampu menghamparkan perabot dari jenis rotan yang ala
kadar asalkan dapat dijadikan tempat duduk selain sebagai hiasan dalam rumah.
Namun, bagi golongan berada akan membuat tempahan perabot dari syarikat dan
kilang terbabit supaya dipasang di beberapa tempat di dalam rumah berkenaan.
Lazimnya, bagi kediaman yang baharu, perabot terbaik memang harapan setiap
pemilik rumah berkenaan.
Menurut Penyelia, Usaha Seni Enterprise Perabot, Mohd.
Zulkifli bin Mat Nor, 51, berkata, kilangnya yang terletak di Kampung Kubang
Palas, Wakaf Baharu, Kelantan memang membuat perabot tempahan khusus untuk
keluarga berkenaan dan beliau sentiasa berharap supaya pelanggan datang ke
kilangnya.
“Saya bekerja di syarikat perabot
ini sejak setahun lalu. Saya difahamkan syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1995
lagi. Sebelum ini saya bekerja di sebuah kilang perabot di Kota Bharu. Selepas
kilang itu ditutup, saya memohon bekerja di syarikat ini sebagai Penyelia”,
ujar Mohd Zulkifli ketika ditemubual Wartawan RELATIF di luar kilang perabot
itu baru-baru ini.
Tambah Zulkifli, di antara
barangan perabot yang dihasilkan oleh syarikat berkenaan hanya melibatkan
perabot kediaman sahaja seperti kabinet dapur, meja, kabinet bilik, rak buku
iaitu melibatkan sebuah rumah. Kira-kira tiga tenaga pekerja dalam syarikat
perabotnya itu dan kekurangan tenaga pekerja itu berikutan kekurangan tempahan.
Ditanya tentang peranannya di
kilang perabot itu, beliau menjelaskan, pada masa dulu beliau bekerja di sebuah
kilang perabot di Kota Bharu dengan pengusaha Cina. Disebabkan kilang berkenaan
ditutup disebabkan masalah tertentu, akhirnya dia memohon kerja di tempat
berkenaan dan berjaya.
“Kilang ini mula menghasilkan
barangan perabot apabila mendapat tempahan dari pembeli. Kakitangan syarikat
berkenaan akan ke rumah pembeli untuk membuat ukuran di rumah terbabit sebelum
perabot itu dibuat.
“Setelah selesai membuat ukuran
yang sepatutnya, pekerja-pekerja termasuk saya sendiri akan bertungkus-lumus
membuatnya dan dijangka siap selama satu minggu”, ujarnya.
Menurut Zulkifli, tempoh satu minggu
itu meliputi kesemua kerja sebagaimana tempahan pihak pengguna. Lazim katanya,
perabot yang ditempah itu siap dalam masa yang dijanjikan. Pada masa ini
katanya, pihaknya sedang menyiapkan tempahan seorang pelanggan iaitu menyiapkan
tempahan ruang tamu sebuah keluarga.
Katanya, berhubung dengan bayaran
tentang tempahan itu berdasarkan ukuran meter dan dari situlah pihak kilang
perabotnya akan mengenakan bayaran yang agak munasabah tetapi tidak membebankan
pelanggan-pelanggannya. Konsep bayaran ini menurutnya banyak peringkat kerana
barangan berkenaan dalam pelbagai kategori sama ada yang besar malah ada yang
kecil.
Apabila ditanya, tentang tempat
operasi yang agak tersorok itu memungkinkan pelanggan mengetahui arah laluan ke
kilang perabotnya. Beliau menjelaskan, pelanggan akan menelefonnya sendiri
kepadanya mahupun kepada pengurusnya. Malah katanya, memang mudah pelanggan
menemui kilang perabotnya itu kerana jaraknya dengan laluan utama agak dekat.
Walau bagaimanapun menurutnya,
urusan berkenaan memang sentiasa diberikan perhatian oleh pengurusnya yang
merupakan pemilik kilang perabot berkenaan. Sebagai pengurus tentunya pelanggan
baharu mahupun pelanggan lama akan mengenalinya. Peranannya sekadar menyelia
kilang itu dan memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan yang memerlukan.
“Bercakap tentang pembeli pula,
paling ramai yang membuat tempahan ialah pembeli Melayu seperti dari Kubang
Kerian, Pasir Mas, Pasir Puteh, ada dari Bachok dan Tanah Merah. Pendeknya,
kebanyakan pembeli adalah warga Kelantan dan setakat ini belum ada lagi pembeli
dari luar Kelantan”, katanya.
Manakala tentang peralatan yang
akan digunakan untuk membuat perabot seperti papan, kayu dan cat. Peralatan dan
bahan-bahan berkenaan terpaksalah itu pihaknya mendapatkan bekalan itu terlebih
dahulu sebagaimana kehendak pelanggan. Misalnya tentang penggunaan cat yang
meliputi warna terang dan gelap berdasarkan kepada kehendak pelanggan, pihaknya
akan mendapatkan bekalan bahan-bahan terbabit dari Kelantan Plywood di Kota
Bharu.
Katanya, selepas barangan dan
peralatan itu diperolehi, pihaknya akan menyiapkan peralatan berkenaan terlebih
dahulu berdasarkan ukuran yang telah dipersetujui yang kemudiannya akan dibawa
ke rumah penempah barangan itu untuk tujuan pemasangan.
Misalnya tentang peralatan kayu
yang digunakan untuk tujuan itu, tempoh kayu yang digunakan adalah tahan lama
jika tidak dimakan anai-anai. Manakala tentang penggunaan “varnish” tidak lagi
digunakan secara biasa tetapi menggunakan teknik terkini secara semburan kerana
dianggap lebih cepat berbanding konsep lama.
Menurutnya, masa bekerja di
kilangnya itu bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari
Jumaat.
Ditanya tentang keseronokan
bekerja di tempat berkenaan, katanya bekerja di kilang perabot memang
menyeronokkan dan dia tidak akan berpindah kepada bidang lain. Apatah lagi
sebelum ini pun beliau pernah bekerja dengan kilang membuat perabot berbangsa
Cina di Kota Bharu kira-kira 20 tahun sudah tentunya hal berkenaan sudah sebati
dengan jiwanya.
Cuma, apabila beliau bekerja di
tempat baharu sekarang, beliau perlu belajar tentang perkara-perkara baharu
selama tiga bulan yang mungkin berbeza dengan bekas majikan lamanya. Selepas
itu beliau dapat memahirkan diri dengan pengalaman sebelumnya di tempat baharu
itu. Apatah lagi katanya, bekerja di kilang perabot terlalu mudah dan individu
yang berminat memang cepat pandai dan mahir dengannya.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi Mohd. Zulkifli Mat Nor di talian: 019-9426621
Mohd. Zulkifli bin Mat Nor atau Man.
Mohd. Zulkifli Mat Nor ketika ditemubual Wartawan RELATIF di kilang perabotnya.
Sebahagian perkakasan dan kayu untuk tujuan membuat perabot.
Di antara peralatan dan mesin yang digunakan untuk membuat perabot.
Tonton Video:
1. Siar.TV: Siri 2 - http://siartv-2.blogspot.com
2. You Tube - www.blogspot.com/azmi mohd salleh
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
tuan...ada no telefon bengkel ni tak?tq
BalasPadammaaf. sy nak tanya. boleh saya tahu an exact location kilang perabot ni?
BalasPadamMaaf bertanya boleh ke saya memohon untuk praktikal di sini?
BalasPadam